Saturday 26 February 2011

[ SejaraH PenciptA BloG ]

salam diucapkan kepada pemerhati blog sekalian..pejam pejam pastu celik, dah ada blog rupanya tuan punya blog sekrg nie..erm tapi ape yg nak di tulis ye?? apa yg nak dibuat lepas ni?? ada sapa2 nak tolong beliau tak??

ermm sebenarnya,pertama tama kali nak imporm sikit..beliau sengaja mengelarkan diri beliau dengan gelaran beliau bagi menggantikan ganti nama ‘SAYA’..istilah yg digunakan ini merupakan istilah yang akan digunakan beliau dalam setiap penulisan di ruangan blog ini..

baiklah,mari kita mengenal serba sebanyak tentang diri beliau ini..bak dek kata pepatah pujangga..’tak kenal maka tak cinta.tak cinta maka tak sayang.tak sayang maka tak rindu.tak rindu maka tak kenal’..

beliau dilahirkan pada 20hb mei 1988 di hospital besar kulim,sebuah daerah yang tenang dengan pepohon yang melambai serta angin yang menderu sayu..

beliau mempunyai minat optimis terhadap seni lukisan,tapi takde la tere sangat sbb nak lukis ni beliau akan tggu bila mood melukis tu datang ibarat ‘coklat cair yg mencurah curah ke ladang gandum pak mamat’..

ketika beliau sedang menggubah ruangan blog yg tak seberapa ni,beliau sedang menuntut di salah sebuah kolej dibawah pengurusan kerajaan di sebuah negeri darul ridzuan...dan hanya menunggu masa, menghabehkan boreh serta pembelajaran beliau bagi menggondol segulung diploma untuk dibawa ke kerjaya beliau kelak..

sekarang ini beliau masih mencari cari lagi pengalaman serta komen2 baru bg memperbaiki hasil bakat yg dikurniakan oleh MAHA PENCIPTA kepadanya..

beliau sgt suka berborak,suka tengok manusia sejagat yg berada di sekelilingnya untuk bergelak ketawa..serta mempercayai bahawa KETAWA itulah ubat bagi segala KESEDIHAN..tidak suka kena MARAH,DIMARAHI,MEMARAHI,serta yang setara akan dengannya..

akan tetapi sikap beliau yang agak2 'lemah lembut' itu jgn disangka ‘air yg tenang tu tiada buaya tembaga mahupun buaya darat’ kerana beliau tidak akan mendiamkan diri sehingga org lain sanggup memijak kepala beliau..

aduh..pening kepala beliau sebenarnya kerana memikirkan apa yg mahu ditulis lagi.rasanya cukup untuk entry kali ini mengenai diri beliau..tggu untuk entry yang seterusnya,beliau akan menge’post’ cerita tetang diri beliau lagi.. -salam-